Bidikan awal aku dari atas bumbung ofis kat USJ.
Berbagai cubaan teknikal dari buku panduan aku
gunakan dan berpuluh gambar aku ambik. Maaf kerana
kurang fasih berbahasa teknikal kamera untuk melancarkan
penyampaian aku.
Menggamit Senja Dari atas bumbung tingkat tiga ofis sebelum waktu
maghrib aku merakamkan perjalanan pulang
mentari di penghujung siang sebelum bulan pula
menggantikan tugas untuk menyinari malam.

Kondo MenyalaPabila aku berpaling ke arah lain di sebelah kanan tersergam
kondominium yang terbias cahaya mentari senja di jendela.
Aku cuma sesaja mengklik foto sebagai cubaan seterusnya.
Tapi yang mengkagumkan aku adalah pantulan cahaya mentari
itu membawa cerita yang lain. Bagaikan ada kebakaran
di dalamnya... pada yang tidak tahu dari mana datangnya
cahaya itu.

Mercu Tanda USJ21Tatkala aku beralih ke kiri dan mendongak maka terpacak
bangunan berusia sedekad ini begitu sinonim dengan
ofis aku kerana ia menjadi landmark jika sesiapa bertanya
lokasi ofis aku. Tiada yang istimewa melainkan sesuatu
yang usang dan berbeza. Melambangkan satu pembaziran.
Kepada pakar fotografi mungkin ada sudut berbeza untuk
diaplikasi sebagai objek seni diorang. Aku nampak tapi belum
ada idea untuk dipersembahkan melalui teknik fotografi.