Wednesday, March 3, 2010

Bebas...

Antara detik yang aku
selalu sasarkan tatkala
ia riang melompat dari
pokok ke pokok di belakang
rumah aku. Walaupun ianya
menyakit hati bila gengnya
menjahanamkan tanaman
aku tapi aku tetap seronok
bila dapat merakamkan
kebebasan makhluk
Tuhan ni.








Yeahhh....













Yiehaaa...













Huiii gayat..















Kebebasan hak milik setiap makhluk di alam yang luas ini. Kebebasan juga ada had andai ianya melampaui had maka ia umpama air di empangan yang melimpah... pasti menyusahkan.


































Tuesday, February 16, 2010

Indah nama dari rupa....

Ahad lalu sempena cuti raya cina aku sekeluarga dan keluarga adik beradik ke Tanjung Bidara bersantai dan merantai agar erat hubungan kami. Pernah aku jejaki satu-satunya resort di Tg. Bidara lebih 15 tahun dulu. Berimaginasi keindahan dan kemudahannya yang pasti bertambah mempesonakan sebagai salah satu destinasi pelancongan terkenal di negeri Hang Tuah nan bertuah. Bermula dengan perjalanan sesak dari Nilai ke selatan serta cuaca panas tak menjejaskan aku sekeluarga bergembira sepanjang jalan dek bayangan indah.

Sayang beribu-ribu kali sayang kemudahan resort bertambah tak indah dari yang dulu... hampeh. Tak seimbang langsung dengan hamparan pantai dan pemandangan ciptaanNYA Yang Maha Indah... subhanallah. Hanya ciptaanNYA mengubat ketensenan bermalam di situ.
Petang beralih senja



















main air...
















































Wednesday, February 10, 2010

Pepatung nan pesona...

Makhluk yang mendatangkan ilham penciptaan helikopter ini sungguh mempesonakan. Berbagai jenis, warna dan bentuk tersendiri. Antara penghuni alam yang menjadi mangsa lensa aku kali ini.

Warna merah













Kecil tapi licik













Nak berlepas...













Warna emas bagai patung













Warna bagai lebah













Tak sehaluan...

cuba try test...

Seperti orang lain aku juga teruja nak mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi jika sesuatu yang baru itu mengkagumkan dan bermanfaat. Dengan menggunakan teknik HDR (High Dynamic Range) aku cuba hasilkan sesuatu yang berbeza. Biasanya teknik ini memerlukan tiga keping foto yang berlainan bukaan cahayanya tapi foto ini aku cuma menggunakan satu bukaan cahaya. Dengan menggunakan photoshop aku ubahsuai untuk menghasilkan tiga keping yang berbeza pencahayaannya. Setelah memanipulasi foto anak bongsu aku yang melayan blues di pantai dan berlatarbelakangkan sinar senja melambai pulang maka... inilah hasilnya.

Foto asal













Setelah ubahsuai

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Hari Lahir...














Selamat Hari Lahir untuk Muhamad Akil tersayang... semuga diberkati sepanjang hidup dan dilindungi Allah.
Semalam 1 Februari bersamaaan Hari Wilayah Persekutuan genap usianya tiga tahun, anak bongsu aku yang semakin nakal dan aktif serta bertambah petah bercakap... banyak soalannya yang aku tak larat nak jawab. Alasan aku sibuk dan letih bekerja seharian kecuali hujung minggu. Masa-masa nakal seorang anak ini akan berlalu dan bakal dikesali andainya suatu hari nanti bila dikenang. Masa sekarang untuk bermanja sebelum dia lebih membesar dan beransur menjauhkan diri kerana dia perlukan kawan dan berkembang dalam dunianya. Aku dah melaluinya... dan alasannya dari dulu sampai sekarang sama saja iaitu masa. Walhal masa untuk semua adalah sama... 24 jam atau 1440 minit atau 86400 saat sehari. Detik yang amat bererti untuk setiap insan yang menghargai masa.

Wahai anak-anakku... hargailah masa. Ciptalah sejarah gemilang untuk diri sendiri...

Monday, February 1, 2010

detik bertuah...

Bersyukur aku bila diketemukan satu detik yang memberi aku kesempatan merakam makhluk dalam air yang timbul menyedut udara untuk hidup. Mungkin ia tidak begitu sharp tapi dengan sedikit touch up dengan photoshop... ia nampak jelas. Aku tak tau untuk mengesahkan ikan jenis apa... merujuk pada orang yang biasa mancing ini adalah ikan toman. Pada aku walau apa pun nama khusus makhluk Tuhan ini aku tetap menghargainya kerana sama-sama berkongsi oksigen untuk terus hidup.














Cak!

Memang aku tak gemar memancing atau menangkap ikan tapi...
aku sungguh seronok bila dapat tangkap gambar pada
detik-detik istimewa yang pasti tak akan berulang.

Wednesday, January 20, 2010

Cobaannn....

Bertempat di Chalet Sg.Hj Dorani, Sg. Besar aku sekeluarga
bersama mak abah serta keluarga abang, adik bersantai
menikmati suasana pantai. Walaupun tak sesuai untuk
mandi-manda tapi menyamankan dan hilang tekanan.
Tak banyak sasaran untuk lensa kamera kerdil aku tapi
sekurang-kurang hubungan aku dengan kameraku semakin
mesra.

Suasana pagi dan senja yang berbeza di tempat lain.




























Penghuni yang sentiasa sudi menyambut tetamu.





























Main air... tak dapat main air laut, air paip menjadi
sasaran anak bongsu aku. Setelah berjam-jam leka
mencari lala (sekeluarga ngan kepah, kerang...
yang ada cengkerang) baru tersedar masa check out.















Sesungguhnya banyak ruang untuk peminat fotografi
jika ke sini. Perkampungan sawah padi berhampiran pantai
adalah satu suasana yang cukup tradisional.

Monday, January 18, 2010

sentuhan awal...

Bidikan awal aku dari atas bumbung ofis kat USJ.
Berbagai cubaan teknikal dari buku panduan aku
gunakan dan berpuluh gambar aku ambik. Maaf kerana
kurang fasih berbahasa teknikal kamera untuk melancarkan
penyampaian aku.

Menggamit Senja
Dari atas bumbung tingkat tiga ofis sebelum waktu
maghrib aku merakamkan perjalanan pulang
mentari di penghujung siang sebelum bulan pula
menggantikan tugas untuk menyinari malam.















Kondo Menyala
Pabila aku berpaling ke arah lain di sebelah kanan tersergam
kondominium yang terbias cahaya mentari senja di jendela.
Aku cuma sesaja mengklik foto sebagai cubaan seterusnya.
Tapi yang mengkagumkan aku adalah pantulan cahaya mentari
itu membawa cerita yang lain. Bagaikan ada kebakaran
di dalamnya... pada yang tidak tahu dari mana datangnya
cahaya itu.















Mercu Tanda USJ21
Tatkala aku beralih ke kiri dan mendongak maka terpacak
bangunan berusia sedekad ini begitu sinonim dengan
ofis aku kerana ia menjadi landmark jika sesiapa bertanya
lokasi ofis aku. Tiada yang istimewa melainkan sesuatu
yang usang dan berbeza. Melambangkan satu pembaziran.
Kepada pakar fotografi mungkin ada sudut berbeza untuk
diaplikasi sebagai objek seni diorang. Aku nampak tapi belum
ada idea untuk dipersembahkan melalui teknik fotografi.

Mula berminat selepas aku ditangkap... tangkap dek tukang tangkap gambar di kedai gambar. Minat hanya sekadar kagum, ia hanyut dek tumbesaran hingga ke alam bekerjaya di bidang penerbitan. Terbabit di alam grafik dalam menerbitkan buku dan majalah mendekatkan aku dengan bidang fotografi tapi keketatan masa dan tumpuan mengejar deadline membataskan masa untuk bermesra dengan kamera. Setelah sekian lama dan teknologi media bertambah maju aku memaksakan diri melayannya walaupun bakal menghimpit masa bekerja. Aku kena berubah kerana takde siapa pun boleh merubah aku kecuali aku sendiri. Sekurang-kurang aku dapat melampiaskan tekanan kerja dan lega apabila menatap hasilnya. Aku bagai dapat menghentikan atau menangguhkan seketika masa yang tidak pernah berundur dan mengabadikannya untuk tatapan lantas membawa kembali ke masa yang pernah dilalui.

Berbekalkan Canon 1000D di sini la galeri untuk aku pamerkan karya aku...