Wednesday, January 20, 2010

Cobaannn....

Bertempat di Chalet Sg.Hj Dorani, Sg. Besar aku sekeluarga
bersama mak abah serta keluarga abang, adik bersantai
menikmati suasana pantai. Walaupun tak sesuai untuk
mandi-manda tapi menyamankan dan hilang tekanan.
Tak banyak sasaran untuk lensa kamera kerdil aku tapi
sekurang-kurang hubungan aku dengan kameraku semakin
mesra.

Suasana pagi dan senja yang berbeza di tempat lain.




























Penghuni yang sentiasa sudi menyambut tetamu.





























Main air... tak dapat main air laut, air paip menjadi
sasaran anak bongsu aku. Setelah berjam-jam leka
mencari lala (sekeluarga ngan kepah, kerang...
yang ada cengkerang) baru tersedar masa check out.















Sesungguhnya banyak ruang untuk peminat fotografi
jika ke sini. Perkampungan sawah padi berhampiran pantai
adalah satu suasana yang cukup tradisional.

Monday, January 18, 2010

sentuhan awal...

Bidikan awal aku dari atas bumbung ofis kat USJ.
Berbagai cubaan teknikal dari buku panduan aku
gunakan dan berpuluh gambar aku ambik. Maaf kerana
kurang fasih berbahasa teknikal kamera untuk melancarkan
penyampaian aku.

Menggamit Senja
Dari atas bumbung tingkat tiga ofis sebelum waktu
maghrib aku merakamkan perjalanan pulang
mentari di penghujung siang sebelum bulan pula
menggantikan tugas untuk menyinari malam.















Kondo Menyala
Pabila aku berpaling ke arah lain di sebelah kanan tersergam
kondominium yang terbias cahaya mentari senja di jendela.
Aku cuma sesaja mengklik foto sebagai cubaan seterusnya.
Tapi yang mengkagumkan aku adalah pantulan cahaya mentari
itu membawa cerita yang lain. Bagaikan ada kebakaran
di dalamnya... pada yang tidak tahu dari mana datangnya
cahaya itu.















Mercu Tanda USJ21
Tatkala aku beralih ke kiri dan mendongak maka terpacak
bangunan berusia sedekad ini begitu sinonim dengan
ofis aku kerana ia menjadi landmark jika sesiapa bertanya
lokasi ofis aku. Tiada yang istimewa melainkan sesuatu
yang usang dan berbeza. Melambangkan satu pembaziran.
Kepada pakar fotografi mungkin ada sudut berbeza untuk
diaplikasi sebagai objek seni diorang. Aku nampak tapi belum
ada idea untuk dipersembahkan melalui teknik fotografi.

Mula berminat selepas aku ditangkap... tangkap dek tukang tangkap gambar di kedai gambar. Minat hanya sekadar kagum, ia hanyut dek tumbesaran hingga ke alam bekerjaya di bidang penerbitan. Terbabit di alam grafik dalam menerbitkan buku dan majalah mendekatkan aku dengan bidang fotografi tapi keketatan masa dan tumpuan mengejar deadline membataskan masa untuk bermesra dengan kamera. Setelah sekian lama dan teknologi media bertambah maju aku memaksakan diri melayannya walaupun bakal menghimpit masa bekerja. Aku kena berubah kerana takde siapa pun boleh merubah aku kecuali aku sendiri. Sekurang-kurang aku dapat melampiaskan tekanan kerja dan lega apabila menatap hasilnya. Aku bagai dapat menghentikan atau menangguhkan seketika masa yang tidak pernah berundur dan mengabadikannya untuk tatapan lantas membawa kembali ke masa yang pernah dilalui.

Berbekalkan Canon 1000D di sini la galeri untuk aku pamerkan karya aku...