Tuesday, April 5, 2011

Tasik Kenyir

Salam Sejahtera...

Buat kali pertama yang first time aku mengikut
geng mancing bebudak opis aku ke
Tasik Kenyir yang diibina antara tahun 1978
hingga
1985.Berkeluasan kurang lebih 260 kilometer
persegi
dan mengandungi lebih 300 pulau yang
terbentuk dari bukit-bukau hutan belantara
apabila
dipenuhi air dari sungai-sungai.
Subuh 26 Februari 2011 aku bersama krew
Majalah
UJANG tiba di Kuala Berang dengan misi
penggambaran untuk bumper raya dan memancing.
Lebih kurang jam 9.00 pagi tiba di Stesen Janakuasa
Tenaga Nasional untuk menaiki bot ru
mah yang
membawa kitorang k
e suatu ceruk dalam Tasik Kenyir yang digelar
lubuk Terenggan (kalau tak silap)
.

Suasana pag di Terenggan...
dengan sedikit touch up untuk mengkagumi kebesaranNYA.













Perjalanan
mengambil
masa lebih empat jam perjalanan. Memasuki ke
Tasik Kenyir bagaikan memutuskan hubungan dengan dunia luar, talian
komunikasi langsung takde. Sepanjang perjalanan dihidangkan
pemandangan menghijau penyejuk mata dan kebiruan airnya yang
tenang mendamaikan jiwa. Bersyukur aku dapat menikmati keindahan
ciptaanNYA... tak perlu pergi jauh. Misi aku ke sini merakam gambar
semasa shooting dan memenuhi keghairahan merakam suasana isi
alam dan sedaya upaya tak terlepas detik yang tak terjangka.










Berlabuh di lubuk Terenggan telah ada beberapa boat house. Dengan
melayan lampan yang berkerumun menjamah makanan buatan manusia.
Aku yang tak gemar memancing pun teruja mencapai joran batang bertam
menghulur mata kail. Bersantai melayan lampam membawa ke malam
sambil mendengar cerita-cerita misteri dari pemancing tegar yang biasa
ke sini dan juga krew boat house. Cerita tentang hidupan dan penghuni
alam di hutan Tasik Kenyir.




























































Bagi aku yang pertama kali ke Tasik Kenyir tidaklah begitu mengecewakan
jika
mengira pasal hasil, banyak
pandangan baru dan pengalaman aku
nikmati
dengan rasa syukur. Dalam perjalanan keluar dari lubuk Terenggan
kitorang
singgah di Gua Bewah dan air terjun (lupa namanya) sebagai pengubat hati.











Kesimpulannya selama di Tasik Kenyir
amat
mendamaikan dengan pemandangan
alam, terlupa tugasan rutin di ofis dan tatkala
boat house
berlabuh di stesen janakuasa TNB...
tertayang
di kepala akan kerja menanti di ofis,
pastinya
bertimbun untuk dilaksana di sana.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment